fbpx

Nelayan pun konvoi bawa 50 bot sambut Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
50 bot nelayan berarak di Tembok Warisan Laut, Padang Kota sambil mengibarkan Jalur Gemilang, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Sekumpulan nelayan dari Pengkalan Nelayan Paramount dan Gurney Drive tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan apabila berarak menggunakan bot sambil mengibarkan Jalur Gemilang sejauh kira-kira satu kilometer, hari ini.

Sebanyak 50 bot nelayan disertai 150 orang terdiri daripada nelayan bersama ahli keluarga, orang awam dan juga ahli Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim turut serta dalam acara ini.

Selain itu, acara berkenaan turut disokong oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang yang turut bersama menggerakkan aset serta jet ski mengiringi bot nelayan berkenaan.

Kesemua bot nelayan itu bergerak secara konvoi di laut sambil mengibarkan Jalur Gemilang bermula dari Pengkalan Nelayan Paramount sehingga ke Tembok Warisan Laut di Padang Kota Lama.

Ketua Pengkalan Nelayan Paramount, M.Ravi berkata, konvoi berkenaan merupakan kali pertama diadakan dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para nelayan setempat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI