fbpx

Muhammad Aqif lemas mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba dari BBP Trong memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa lemas di Sungai Pecah Batu Trong pada petang hari ini.- Ihsan Bomba Perak

Bukit Gantang – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didapati lemas ketika melakukan aktiviti mandi manda di Sungai Pecah Batu Trong pada petang hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya telah dimaklumkan berhubung kejadian itu pada jam kira -kira 5.30 petang hari ini.

“Seramai enam orang anggota Bomba dari Balai.Bomba dan Penyelamat (BBP)Trong telah bergegas ke lokasi yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Trong.

“Ketika anggota bomba tiba,didapati mangsa, Muhammad Aqif Mikha Ali Arafat telah pun dibawa naik ke darat oleh orang awam.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sayani, tindakan awal yang diambil oleh Ketua Operasi Yusrizal Chu Abu Bakar ialah memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa namun tiada sebarang tindak balas ditunjukkan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan meninggal dunia di lokasi.” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI