PUTRAJAYA – Model pertama kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS 7 dipertontonkan kepada umum pada perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, hari ini.
Model berkenaan yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini tampil dengan penyamaran khas disaluti warna berteraskan Jalur Gemilang.
Model itu antara 25 kereta menyertai perarakan selain melibatkan Proton Saga asal hingga Proton X70 2025, yang telah dilancarkan dua minggu lalu.
Terdahulu, Proton dalam kenyataannya berkata, penyertaan Proton e.MAS 7 dalam barisan perarakan bertujuan membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat itu dengan lebih dekat – KOSMO! ONLINE