fbpx

MK-11 Aurora pesawat angkasa paling canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT MK-11 Aurora menjalani ujian penerbangan pada awal bulan ini. - Foto Dawn Aerospace

WELLINGTON – Sebuah syarikat aeroangkasa kini membina pesawat angkasa paling canggih di dunia dengan harapan menjadikan penerbangan angkasa lepas lebih mudah, lapor sebuah laman berita kelmarin.

Syarikat Dawn Aerospace berpangkalan di New Zealand berusaha membangunkan pengangkutan angkasa lepas menerusi projek melibatkan kos tidak melebihi AS$20 juta (RM86.88 juta).

Hasilnya, mereka membina pesawat MK-11 Aurora berkuasa roket tanpa anak kapal.

Pesawat itu mencapai kelajuan transonik 967 kilometer sejam dan terbang setinggi 15.1 kilometer dalam satu ujian awal bulan ini.

Pasukan jurutera Dawn Aerospace cuba melakukan inovasi bagi membolehkan Mk-11 mendaki lebih pantas daripada jet F15, terbang lebih tinggi daripada Mig 25, dan mencapai kelajuan lebih tinggi daripada pesawat Lockheed SR-71.

“Ia adalah matlamat besar untuk sebuah pesawat kecil tetapi kami terlebih dahulu perlu membuktikan ia boleh terbang sama sekali,” kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Stefan Powell dalam kenyataan akhbar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI