fbpx

Lelaki maut, motosikal bertembung kereta pada malam merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian motosikal mangsa bertembung sebuah kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh, malam tadi. Foto IHSAN POLIS

PASIR PUTEH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Wakaf Bunut, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Gua Musang menunggang motosikal jenis Honda CBR 250 RR itu, sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Puteh menghala ke Kuala Terengganu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI