fbpx

Kor Ming, Razarudin sertai ‘abang sado’ berarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya, pagi ini. Foto oleh AMIR KHALID

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membuat kejutan apabila turut bersama menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya, pagi ini.

Kor Ming yang berpakaian lengkap seragam pegawai bomba dilihat berada di atas jentera bomba bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berbadan ‘sado’.

Sebaik melintasi pentas kenamaan, Kor Ming dilihat turut melambai-lambai dan tabik hormat ke arah khemah kenamaan.

Beberapa jentera pemadam api turut ditampilkan serta kelengkapan menyelamat dan memadam api pada perarakan itu.

Penampilan Kor Ming itu diluar kebiasaan protokol sambutan di mana beliau sepatutnya berada di bawah khemah kenamaan yang menempatkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta barisan Jemaah Menteri yang lain.

Selain Kor Ming, turut menyertai perarakan ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengetuai kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Razarudin dalam perarakan terbabit dilihat menunggang kuda dengan berada di barisan paling hadapan kontinjen berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI