fbpx

Kepala budak 6 tahun tersangkut celah pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPALA Isaac tersangkut di celah tiang pagar di Dun Laoghaire. - Foto RAC

DUBLIN, Ireland – Seorang budak lelaki berumur enam tahun memuji individu yang menyelamatkannya sebagai wira sejati selepas kepala mangsa tersangkut di celah tiang pagar di sebuah taman, lapor portal berita GBN semalam.

Isaac sedang menikmati percutian  musim panasnya di Taman Rakyat di  Dun Laoghaire, selatan Dublin apabila kepalanya tersangkut.

Pengunjung di situ cuba membebaskan kepala Isaac tetapi gagal, menyebabkan seorang daripada mereka menghubungi pihak bomba.

Namun, seorang peronda Kelab Kereta Diraja (RAC) bernama John Walshe  tiba di tempat kejadian dan bertindak menyelesaikan masalah itu.

Walshe menggunakan bicu mengangkat kereta  untuk melebarkan tiang pagar supaya kepala Isaac dapat dibebaskan.

Dia berjaya membantu budak itu dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Ibu Isaac, Vicky, menceritakan perasaannya selepas anaknya berjaya diselamatkan.

“Kami amat terharu dengan sokongan masyarakat setempat dan orang lalu lalang baik hati yang singgah untuk membantu kami,” katanya. –  AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI