fbpx

Jepun mahu pindahkan wanita bujang ke kampung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa wanita berjalan di Tokyo. - Foto AFP

TOKYO – Kerajaan Jepun akan melancarkan inisiatif baharu menyokong wanita bujang berpindah dari Tokyo ke kawasan luar bandar untuk berkahwin dan membina keluarga , lapor akhbar Independent kelmarin.

Rancangan itu bagi menangani populasi wanita yang semakin berkurangan di kawasan luar bandar.

Kerajaan percaya ia juga dapat menyekat trend wanita muda terus menetap di Tokyo untuk mendapatkan pendidikan atau pekerjaan.

Situasi itu menyebabkan bilangan wanita yang belum berkahwin di kawasan luar bandar jauh berkurangan  berbanding lelaki bujang.

Kerajaan Jepun akan menampung kos perjalanan ke luar bandar untuk acara mencari jodoh dan menyediakan insentif kewangan tambahan bagi mereka yang berpindah, lapor akhbar The Japan Times.

Bagi menangani penurunan populasi dan kesannya terhadap tenaga kerja dan ekonomi, kerajaan  melancarkan pelbagai inisiatif termasuk bantuan kewangan untuk pasangan mendapatkan anak.

Inisiatif itu juga melibatkan kemudahan penjagaan kanak-kanak dan juga aplikasi temu janji yang menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI). 

“Jika terdapat ramai individu yang berminat untuk berkahwin tetapi tidak dapat mencari pasangan, jadi kami mahu memberikan sokongan,” kata seorang pegawai Tokyo yang dipetik akhbar The Asahi Shimbun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI