PUTRAJAYA – Enam bayi ‘merdeka’ dilahirkan di Hospital Putrajaya serentak hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-67, yang disambut hari ini.
Bayi berkenaan masing-masing tiga lelaki dan tiga perempuan itu dilahirkan hari ini dan antara yang terawal sekitar pukul 12.39 pagi tadi.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Muhammad Yusuf Sibert berkata, enam bayi itu yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan itu dilahirkan secara normal dan pembedahan.
“Mungkin boleh cecah lebih 10 orang bayi hari ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat keenam-enam bayi berkenaan di wad 2A Hospital Putrajaya, hari ini. – KOSMO! ONLINE