fbpx

EPL: Sancho sertai Chelsea secara pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO perlu berdepan saingan yang cukup ramai di Stamford Bridge untuk berada dalam kesebelasan utama Chelsea. - AFP

MANCHESTER – Hasrat pemain sayap kontroversi, Jadon Sancho untuk ‘angkat kaki’ daripada Manchester United akhirnya tertunai selepas melengkapkan perpindahan ke Chelsea secara pinjaman semusim semalam.

Menurut laporan, Chelsea bersetuju dengan terma yang ditetapkan oleh pengurusan The Red Devils untuk meletakkan syarat pembelian secara tetap tahun depan dengan nilai minimum £20 juta (RM113.4 juta).

Situasi tersebut menyaksikan United kerugian selepas hanya menandatangani khidmat pemain berusia 24 tahun sebanyak £73 juta (RM414 juta) daripada kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada tahun 2021.

Sancho dilihat terdesak untuk menghidupkan kembali kariernya selepas hambar sepanjang tiga tahun di Old Trafford apabila hanya membuat 83 penampilan kerana bergaduh dengan pengurus pasukan, Erik Ten Hag tahun lalu.

Situasi tersebut menyaksikan Sancho dipinjamkan kembali ke Dortmund selama enam bulan pada Januari lepas dan berjaya menemui sentuhan emasnya apabila membawa pasukan mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.

Pengendali Chelsea, Enzo Maresca pula sangat minat dengan corak permainan Sancho dan mahu pemain ini menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Raheem Sterling selepas tonggak veteran itu berhijrah ke Arsenal.

Namun, Sancho dijangka berdepan tentangan sengit dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama The Blues yang memiliki jentera serangan ampuh terdiri daripada Christopher Nkunku, Nicolas Jackson, Pedro Neto, Mykhailo Mudryk, Noni Madueke, Cole Palmer dan Joao Felix. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI