fbpx

EPL: Bintang Arsenal tak janji bulan bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERINO berharap diturunkan membuat debut EPL menentang Brighton di Stadium Emirates malam ini. - AFP

LONDON – Tonggak baharu Arsenal, Mikel Merino mengakui tidak sabar untuk membuat kemunculan debut menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton di Stadium Emirates malam ini.

Sebagai rekod, Merino telah melengkapkan perpindahan pada awal minggu ini dengan nilai perpindahan sebanyak €37.5 juta (RM179 juta) daripada kelab Real Sociedad.

Pemain tengah kelahiran Sepanyol berusia 28 tahun itu berharap tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri selain tekad memikat pengendali The Gunners, Mikel Arteta dalam merebut tempat kesebelasan utama.

“Saya tidak boleh janjikan bulan dan bintang, namun saya percaya dengan kualiti serta karakter yang saya miliki diharap dapat membantu pasukan mencapai kejayaan pada musim ini.

“Secara peribadi, bukan mudah untuk berhijrah ke pasukan baharu tetapi saya seorang pemain yang bekerja keras. Saya harap keupayaan untuk membuat hantaran tepat dapat menambah lagi kekuatan pasukan terutama di jentera tengah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, skuad The Gunners telah mendapat undian mudah pada kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini apabila bertemu Paris Saint-Germain (PSG), Shakhtar Donetsk, Dinamo Zagreb dan AS Monaco di laman sendiri.

Sementara itu, bagi aksi di tempat lawan, Arsenal akan bertandang bertemu dua wakil Serie A, Inter Milan dan Atalanta selain Sporting Lisbon serta Girona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI