fbpx

Darah kita sama merah – Lee Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Chong Wei di Facebooknya beserta ucapan Hari Kebangsaan 2024 yang disambut hari ini.

PETALING JAYA – “Kalau darah badan terkeluar, kita sama je. Mana ada darah Cina, Melayu ke India. Semua darah merah jenis A,B, AB atau O,”

Demikianlah kata-kata bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menerusi hantaran di Facebooknya bersempena Hari Kebangsaan yang disambut hari ini.

Ucapan beliau disertakan dengan kisah ketika beliau bermain bola sepak pada zaman kanak-kanak dimana setiap formasi di atas padang telah ditetapkan terdiri daripada berbilang kaum.

Katanya, walaupun berbeza kaum, setiap pemain akan berganding bahu untuk mendapatkan kemenangan sama seperti rakyat Malaysia ketika bersatu.

“Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama. Kami bersorak untuk sukan. Kami memaki hamun sesiapa yang kutuk makanan Malaysia.

“Yang pasti darah kita semua pasti pernah tertumpah di negara ini. Kita sebenarnya sangat sayang negara,” katanya.

Ujar Chong Wei lagi, sambil rakyat Malaysia mengibarkan bendera dengan bangga, semua perlu ingat bahawa kekuatan negara berakar umbi daripada rakyatnya.

“Malaysia berada pada tahap paling kukuh apabila kita semua kaum bergabung bersama. Malaysia berada pada tahap paling kukuh apabila tiada perkauman dalam diri kita.

“Kami semua menjerit untuk M Thinaah dan Pearly Tan kami. Kami semua menangis kerana Azizul. Kita semua pun berdoa apabila Pandelela melakukan lompatannya.

“Bukan itu sahaja, kami akan bergaduh seperti tiada hari esok apabila ada yang mengkritik Nasi Lemak, Laksa, atau Roti Canai kami,” katanya.

Dalam pada itu, Chong Wei juga mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai untuk meraikan Hari Kebangsaan dengan menepikan perkauman demi kekukuhan negara.

“Marilah kita meraikan dengan gembira, dan merangkul masa depan dengan harapan!

“Bersama-sama, kita akan menulis bab seterusnya dalam kisah Malaysia—kisah kemajuan, perpaduan, dan potensi yang tidak terbatas. Selamat Hari Kebangsaan, Malaysiaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI