fbpx

Bekas jururawat hilang lepas keluar rumah dengan 2 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Nurul Izzah Che Salim.

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan bekas jururawat wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Jalan Kesum 24/37 Seksyen 24, Shah Alam, 16 Februari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, Orang Hilang (OH) ialah Che Nurul Izzah Che Salim, 36 tahun.

Katanya, laporan itu dibuat pada pukul 9.27 malam di Balai Polis Damansara.

“Mangsa pernah berkhidmat di KPJ Damansara sebagai jururawat dan telah berhenti kerja pada 29 Ogos lalu.

“Kakak mangsa memaklumkan adiknya telah keluar rumah bersama anak-anaknya pada 16 Februari lalu dan tidak tahu tinggal di mana.

“Wanita ini sudah bercerai serta mempunyai anak lelaki dan perempuan berusia 11 serta sembilan tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Shahrulnizam, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh salurkan di balai polis berhampiran.

Tegas beliau, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI