fbpx

Banduan bebas awal selepas dapat pengampunan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banduan berkenaan bebas awal selepas mendapat pengampunan Agong.

SEREMBAN – Seorang bapa tiga anak teruja apabila dibebaskan lebih awal dari tempoh 16 tahun dipenjara selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengampunan berkenaan diputuskan pada Disember tahun lalu dan dilaksanakan sempena Hari Kemerdekaan ke-67 di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, di sini, hari ini.

Menurut bekas banduan berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Teh, 52, dia tidak menyangka hasratnya untuk keluar lebih awal bertemu keluarga yang disayangi berlaku lebih cepat.

“Saya jalani hukuman di penjara bermula di Penjara Sungai Buloh dan saya sepatutnya bebas Oktober ini bebas melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong setelah menjalani hukuman kira-kira 10 tahun.

“Masa saya dipenjarakan, anak-anak masih kecil Saya rindu mereka. Kali ini, saya akan guna peluang ini sebaiknya untuk berjumpa ibu bapa, isteri dan anak-anak serta jaga mereka sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di PRP Mantin, di sini, hari ini.

Bercerita mengenai kesilapan lalunya yang terbabit dalam jenayah rompak dan samun, dia menyatakan kekesalan kerana pengaruh rakan menyebabkan dia terpaksa meringkuk di penjara.

“Di sini (penjara), saya kembali belajar untuk mendisiplinkan diri untuk menjadi orang yang lebih baik dan berguna untuk masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI