fbpx

‘Anak Concorde’ terbang hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan pesawat X59 yang berupaya terbang mengatasi kelajuan bunyi. – AGENSI

WASHINGTON  –  Sebuah pesawat  digelar ‘anak  Concorde’  berjaya melepasi  tiga ujian utama menjelang penerbangan sulungnya yang dirancang pada hujung tahun ini, lapor akhbar The Sun kelmarin. 

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semakin hampir mencapai matlamat untuk memendekkan masa perjalanan jarak jauh dengan menggunakan pesawat berkenaan, X59.

X59 berupaya terbang pada kelajuan 1,609 kilometer sejam dan tidak menghasilkan dentuman sonik.

Apabila memulakan perkhidmatan kelak, penerbangan jarak jauh dari London ke Sydney di  Australia akan mengambil masa cuma 10 jam, kurang separuh masa perjalanan pesawat komersial biasa.

NASA menyatakan, X59 juga jauh lebih senyap daripada Concorde yang telah ditamatkan perkhidmatan, antara lain kerana bunyi bisingnya sangat kuat.

Pesawat  X59 dibina dengan kerjasama Lockheed Martin dan bertujuan merevolusikan perjalanan udara komersial.

Pesawat Concorde sebelum ini adalah projek usaha sama Perancis dan Britain. Concorde  memulakan penerbangan komersialnya pada 1976 sebelum operasinya ditamatkan pada 2003. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI