fbpx

Allahyarham Koperal Mohd. Azrul dinobat Tokoh Kemerdekaan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlin dan Sa'adiah menerima replika cek bagi anugerah Tokoh Kemerdekaan Selangor kepada Allahyarham Azrul daripada Amirudin pada majlis sambutan itu, malam tadi. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Jasa Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran yang terkorban dalam pencerobohan penganas sulu di Kampung Simunul, Semporna, Sabah, terus dihargai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Kemerdekaan Selangor, malam tadi.

Mohd. Azrul merupakan antara enam anggota polis yang terkorban bersama Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan Michael Padel; Sarjan Mejar Baharin Hamit; Sarjan Mejar Abdul Aziz Sarikon dan Sarjan Salam Togiran pada 2 Mac 2013.

Kakak Allahyarham, Azlin Tukiran berkata, tragedi berdarah tersebut masih segar dalam ingatan dengan dia sekeluarga berbangga dengan apa dilakukan Azrul demi mempertahankan tanah air.

“Setiap hari, kami sekeluarga tidak lupa berdoa supaya Allahyarham ditempatkan ke dalam syurga bersama-sama orang soleh. Kami sekeluarga berbangga dengan Allahyarham,” katanya kepada Kosmo! pada majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini.

Terdahulu, Azlin bersama ibunya, Sa’adiah Amin mewakili Mohd. Azrul menerima penganugerahan tersebut daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Allahyarham yang dilahirkan di Rantau Panjang, Klang, dekat sini mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Jun 2006.

Azlin turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Selangor yang memberi pengiktarafan kepada Allahyarham adiknya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI