fbpx

600 keluarga B40 di Kuala Langat terima bakul makanan YBR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizah (tengah) bergambar bersama beberapa Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR serta penerima bantuan pada Majlis Penyampaian Ihsan Madani di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat hari ini.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 600 keluarga isi rumah B40 di sekitar Kuala Langat pada Majlis Penyampaian Ihsan Madani di Dataran Pantai Morib hari ini.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Faizah Ariffin, bantuan itu diberikan kepada mereka yang memerlukan dikalangan keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal.

Beliau berkata, YBR telah memperuntukkan kira-kira RM90,000 untuk majlis berkenaan dan setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM150.

“YBR prihatin dengan kekangan yang dihadapi mereka yang kurang bernasib baik disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“YBR juga amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang terjejas ini dan berharap bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Faizah berkata, YBR juga sentiasa cakna dalam membantu masyarakat dalam meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Malah katanya, sepanjang tahun ini, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI