fbpx

2 bulan latih ‘human graphic’ Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan grafik manusia pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, hari ini.

PETALING JAYA – Grafik manusia atau ‘human graphic’ sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya melibatkan kira-kira 2,000 pelajar dikatakan mengambil masa kira-kira dua bulan untuk persiapan persembahan.

Menerusi tinjauan di media sosial, ramai yang berkongsi pengalaman menyertai latihan untuk persembahan grafik manusia semasa sambutan Hari Kebangsaan yang pernah diadakan sebelum ini.

“Saya salah seorang pernah menyertai ‘human graphic’. Kami mula dua bulan lebih,” komen BellalisDhiya di TikTok.

“Biasa dua bulan juga. Anak dua orang pernah terlibat dengan ‘human graphic’. Habis merdeka tambah kelabu warna kulit,” komen kak_shima.

Dalam pada itu, orang ramai turut memuji dan menghargai persembahan grafik manusia pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 kerana tanpa mereka, acara tidak akan meriah.

“Ramai orang cakap ‘human graphic’ ni ‘backup’ saja. Ada orang macam tak kisah, tapi bagi saya tak ada dia orang, macam tak ada seri,” kata pengguna Zurin Jafar.

“Penyeri buat kita semua semasa kemerdekaan,” komen CikMod. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI