fbpx

[VIDEO] Warga emas curi perhatian, pegang rotan pantau jemaah masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat warga emas tersebut sehingga videonya tular di media sosial dengan lebih 250,000 tontonan.

PETALING JAYA – Seorang warga emas wanita mencuri tumpuan ramai apabila gelagatnya memegang rotan sambil memantau pergerakan jemaah di sebuah masjid di Tasek Gelugor, Pulau Pinang ketika berlangsungnya solat Jumaat baru-baru ini.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video dikongsikan pengguna TikTok @salykinsobry itu, mereka meyamakan mak cik tersebut seperti cikgu disiplin.

“Lagaknya seperti cikgu disiplin. Rotan ditangan, mata besar pandang orang sekeliling, mulut tak berhenti membebel. Moga mak cik terus sihat dan diberikan pahala dalam memastikan kaum adam tunai tanggungjawab mereka sebagai orang Islam,” kata Malek.

Menerusi rakaman tular tersebut, warga emas yang dikenali sebagai Tok Besah itu dilihat memerhati setiap gerak geri jemaah untuk pastikan pakaian mereka sesuai digunakan ke masjid selain turut menegur mana-mana individu yang datang lambat.

Tindakan wanita tua itu mendapat pujian ramai dan mereka turut mendoakan agar beliau terus diberikan kesihatan yang baik.

“Sihat selalu tok. Moga Allah rahmati tok,” kata Marzin.

“Kami panggil Tok Besah, ini dari jauh kalau nampak tak sempat nak tegur dia dah senyum. Tok ini kalau bercakap orang alan fikir dia marah tapi tak pun,” kongsi Zulhelmi.

“Mak yang baik. Alhamdulillah, semoga mak cik dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia,” kata Rosdi Ali. – KOSMO! ONLINE

@salykinsobry Bertugas untuk Solat Jumaat TYT.. tiba-tiba aku nampak kelibat seorang warga emas ni, ditangannya kemas memegang rotan.. Hairan, “tok ni mai mana? Getus hati sendiri.. Aku perhati dari jauh… Beliau mula menjeling seorang demi seorang anak-anak yang hadir solat… dan ada yang cuba elak dari bertembung dgn tok ni… ternyata situasi tu bukan baru berlaku hari ni… mesti setiap Jumaat tok ni tunggu.. sbb anak-anak macam kenai sgt… lambat mmg kna libas la😅 Di zaman rotan cuba “diharamkan” di sekolah, Beliau seolah-olah tak amik kesah.. “kurang2 aku ada jawapan depan Allah” mungkin itu prinsip yg beliau pegang Aku cuba dekati.. “baguihnya makcik, dok ligan budak-budak solat”“Tumpang dok sihat, dapat “saham” sket pun jadi la” Steady tok!!! I Lap U la.. moga terus diberikan kesihatan.. sedikit usaha yang mungkin kita tampak remeh, siapa tahu mungkin ganjaranya melimpah & meleleh #sismasjid #jumaat #masjid ♬ suara asli – LIRIK LAGU full

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI