fbpx

[VIDEO] Teruja lihat raptai, sampai kepala ‘dikepit’ pagar besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan kepala kanak-kanak tersangkut di celah pagar besi semasa raatai Hari Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Dek kerana keterujaan untuk bersama memeriahkan acara raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan semalam, seorang kanak-kanak lelaki telah tersangkut kepala di pagar besi sementara.

Kejadian yang berlaku di Dataran Putrajaya ketika sambutan raptai penuh perbarisan Hari Kemerdekaan itu telah tular di media sosial ketika ini.

Menerusi satu klip video, ternyata insiden tersebut turut menarik perhatian dua anggota polis bertugas dengan membantu kanak-kanak lelaki itu.

Kelihatan penjaga kepada kanak-kanak lelaki sekitar umur lima tahun itu juga turut membantu mengeluarkan kepala budak tersebut.

Orang ramai turut terhibur dengan insiden terbabit dan menganggap kejadian lucu seperti itu selalu terjadi dalam acara-acara besar seperti sambutan Hari Kemerdekaan.

“Biasa la tu, orang Malaysia kan lucu-lucu. Ini baru raptai nanti hari kejadian ada lagi kepala mana-mana budak pula yang tersangkut,” jelas Cikgu Ajis.

“Kalau kes ni nak salahkan penganjur tak tahu lah,” kata Hafizul.

“Tak mula lagi majlis, baru raptai dah ada kejadian-kejadian lucu macam ni,” kata Faris Alfanso. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI