fbpx

[VIDEO] ‘Saya Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan minta maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur. – SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Tidak mahu memanjangkan kes, pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur.

Peguam mewakili Sarah atau Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, Datuk Akberdin berkata, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan.

Ketika prosiding berlangsung, bekas menantu pelakon Kazar Saisi itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sarah.

“Saya Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan meminta maaf atas hantaran Instagram yang dibuat pada 24 Ogos 2023,” katanya.

Dalam draf pernyataan, peguam turut memaklumkan, pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform media sosial.

Bukan itu sahaja, Wiwi juga bersetuju untuk akur dengan syarat memuat naik permohonan maaf di laman sosial dalam tempoh tujuh hari di samping berjanji
tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform.

“Pihak mereka sudah menghubungi kami selama beberapa bulan dan kami terima tawaran yang diberikan untuk menyelesaikan kes secara baik sebab dia sudah rasa insaf dan kesal.

“Pihak defenden juga bersetuju memuat naik pemohonan maaf dan menarik balik enam tuduhan dan fitnah dikeluarkan. Apa yang penting dia sedar bahawa apa yang dikatakan itu tidak berlaku,” kata Akberdin kepada Kosmo! Online.

September tahun lalu, Puteri Sarah menerusi Instagram memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Dalam kenyataan tersebut, Wiwie dikatakan menjaja cerita tidak benar tentang Sarah berhubung keputusan pelakon itu menarik saman terhadap Ira Kazar.

Penyata tuntutan itu dibuat menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI