fbpx

Ular sawa besar sambar muka lelaki 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ular sawa itu cuba menyerang Brewer. - Instagram @jayprehistoricpets

WASHINGTON – Seorang pesohor media sosial di Amerika Syarikat (AS) mengundang perhatian orang ramai selepas nyaris menjadi mangsa seekor ular sawa besar, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prehistoric Pets, Jaw Brewer kerap  berkongsi video menarik tentang ular dan reptilia lain di zoo miliknya. 

Menerusi rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jayprehistoricpets, dia dilihat mengendalikan seekor ular sawa betina yang diletakkan di dalam sebuah kotak bersama telur-telurnya.

Sebaik membuka pintu sangkar, reptilia itu menyambar dan cuba menggigit muka Brewer.

Bagaimanapun, refleks pantas berjaya menyelamatkan Brewer daripada serangan itu. 

“Nyaris saja. ‘Gadis’ berbadan besar ini menyerang sebaik saya mengalihkan pandangan. Ular bukan sahaja licik tetapi sangat bijak,” demikian menurut keterangan klip  video itu. 

Rakaman itu mendapat lebih 15.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Adakah ia melindungi telurnya atau anda merupakan makanannya?,” tanya seorang netizen. 

“Itu serangan yang sangat kuat. Rasanya mungkin sama seperti tumbukan daripada Mike Tyson,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI