fbpx

Tonali ‘keluar penjara’ selepas 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONALI (kiri) kembali turun padang buat kali pertama selepas 10 bulan ketika menentang Forest awal pagi semalam. - AFP

NOTTINGHAMSHIRE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe berpuas hati melihat aksi kompetitif pertama Sandro Tonali selepas menamatkan penggantungan 10 bulan ketika menewaskan Nottingham Forest pada pusingan kedua Piala Liga Inggeris (EFL) di City Ground awal pagi semalam.

Kehadiran Tonali sememangnya menyuntik semangat tambahan buat The Magpies yang terpaksa bersaing sengit dengan Forest sebelum mencatat kemenangan 4-3 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Biarpun tidak bermain 90 minit penuh selepas dikeluarkan pada minit ke-62 dan digantikan oleh Sean Longstaff, namun Howe tetap memuji keseluruhan prestasi pemain tengah Itali itu.

“Saya fikir dia bermain cukup baik hari ini dengan terlibat dalam beberapa gerakan menarik yang hampir menghasilkan jaringan. Jadi saya memujinya walaupun tahap kecergasan perlawanannya hari ini masih kurang.

“Saya gembira dengan sambutan daripada para penyokong yang turut mengibarkan bendera Itali sebagai satu bentuk sokongan kepadanya. Saya pasti dia cukup beremosi apabila kembali membuat penampilan selepas sekian lama.

“Kepulangannya memberikan saya banyak pilihan untuk skuad utama selepas ini. Sandro (Tonali) seorang pemain berkualiti dan sudah pasti ia berita gembira buat pasukan,” kata Howe.

Kini, Tonali berpeluang membuat penampilan dalam kesebelasan utama Newcastle untuk aksi ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur di St. James Park pada Ahad ini.

Seandainya Tonali dapat segera mencapai tahap kecergasan terbaik, tidak mustahil dia akan kembali memperkuatkan Itali untuk dua aksi antarabangsa bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI