fbpx

Tidak sempat ke majlis hari jadi, wanita ditahan bersama lebih 5kg heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan mengandungi serbuk putih disyaki heroin ditemui disembunyikan di dalam empat beg.

KANGAR – Hasrat seorang wanita Thailand untuk menghadiri sambutan hari jadi berkecai apabila dia ditahan bersama dadah jenis heroin bernilai RM492,375 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, dekat sini kelmarin.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, wanita berusia 30 tahun terbabit ditahan selepas mesin pengimbas mengesan objek mencurigakan di dalam bagasi dibawa.

“Imej imbasan di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang menunjukkan ada sesuatu yang mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut menemui masing-masing dua beg tangan dan beg galas mengandungi peket berwarna coklat.

“Peket itu disembunyikan di ruangan khas beg-beg tersebut dan apabila ditoreh, pihak berkuasa mengesyaki serbuk putih di dalamnya adalah dadah jenis heroin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya bertindak merampas serbuk putih dianggarkan seberat 5.252 kilogram bernilai RM492,735, manakala suspek direman tujuh hari bermula semalam.

Menurut Ismail, siasatan lanjut mendapati suspek bergerak ratusan kilometer dari Bangkok ke Hatyai, Thailand menaiki kereta api sebelum bergerak menaiki van dari Hatyai ke Padang Besar, Thailand.

“Dari Padang Besar, Thailand, wanita itu mengambil kereta sewa untuk menuju stesen bas di Kangar dan merancang menaiki bas menuju ke ibu negara, namun cubaan itu berjaya dipatahkan kastam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI