fbpx

Tanah Jerlus: SAR temui jalan buntu ekoran laluan sempit, peningkatan gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR bersiap sedia meneruskan operasi mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Laluan yang sempit dan peningkatan gas dalam saluran kumbahan menjadi penghalang usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Jalan Masjid India, di sini, awal pagi tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, kerja mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula malam tadi diteruskan sehingga pukul 6 pagi tadi.

“Pasukan SAR telah berusaha untuk memasuki saluran paip kumbahan secara ‘man entry’ (menggunakan tenaga manusia) melalui lurang kumbahan satu (lokasi kejadian) dan lurang kumbahan dua (Wisma Yakin).

“Bagaimanapun, usaha Pasukan SAR gagal kerana faktor laluan yang sempit dan peningkatan gas dalam saluran yang amat berisiko kepada Pasukan SAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, jentera berat juga digunakan bagi membantu kerja-kerja penebukan bagi membolehkan saluran paip penyedut tambahan Indah Water Konsortium (IWK) digunakan untuk menurunkan paras air seminima yang mungkin.

“Tiga pam elektrik berkapasiti tinggi telah digunakan oleh Pasukan SAR untuk menurunkan paras air sehingga 0.7 meter dari dasar paip.

“Ia bagi Pasukan SAR boleh meneruskan penelitian semula jajaran paip dari lurang kumbahan satu dan lurang kumbahan dua,” katanya.

Jelas kenyataan itu , SAR diteruskan pada hari kelapan dengan komitmen yang padu dari semua agensi yang terlibat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI