fbpx

Tanah Jerlus Jalan Masjid India: Kaedah selaman terlampau berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham bercakap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos Tahun 2024 JBPM di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) merumuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India dengan menggunakan kaedah selaman sebagai terlampau berisiko.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, rumusan itu adalah berdasarkan maklum balas daripada dua penyelam skuba yang melakukan aktiviti selaman kira-kira pukul 4 pagi tadi.

“Dan selepas kita berbincang secara taktikal dan berdasarkan maklum balas daripada dua orang yang masuk dalam tadi (menyelam), saya dapat ‘conclude’ ianya terlampau berisiko untuk kita cuba meneruskan penyelaman dan juga secara fizikal untuk mengesan mangsa.

“Seterusnya, kita juga hantar dua unit kamera dalam air (underwater camera), walaupun kita dapat imej-imej kain tetapi buat masa ini kita tidak boleh katakan bahawa itu adalah kepunyaan sesiapa sebab dalam itu memang macam-macam (sisa), tapi ada imej kain yang dua-dua kamera itu dapat ‘capture’.

“Itu (antara imej) yang kita dapat, tetapi saya mahu maklumkan secara nyatanya berdasarkan (rakaman) kamera itu, tidak ada yang menunjukkan imej ‘body’ (mangsa) sebab arus air bergerak begitu (laju),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos Tahun 2024 di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, operasi SAR yang memasuki hari kelapan hari ini masih memfokuskan kepada usaha untuk merungkai ‘backlog’ membabitkan timbunan sepanjang 15 meter di lurang kumbahan di Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian yang dikesan semalam.

Ini susulan selaman pada pukul 4 pagi tadi oleh dua penyelam skuba dari Akademi JBPM Wilayah Utara sekali lagi tidak berhasil selepas hampir setengah jam selaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI