fbpx

Sindiket tawar urusan imigresen dengan harga RM500 tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Imigresen membuat serbuan di salah sebuah lokasi yang menawarkan perkhidmatan urusan imigresen di sekitar ibu negara semalam.

PUTRAJAYA – Satu sindiket ejen haram yang menawarkan pelbagai urusan imigresen kepada warga asing dengan bayaran RM500 bagi setiap perkhidmatan tumpas apabila dicekup dalam operasi khas di sekitar ibu negara semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, operasi itu dilaksanakan menerusi maklumat risikan yang dibuat selama dua minggu melibatkan serbuan di sekitar Bandar Menjalara, Jalan Medan Tuanku, Jalan Tiong Nam dan Jalan Cheras.

“Dalam serbuan itu, Imigresen berjaya menahan seramai 13 orang masing-masing 11 lelaki warga Bangladesh, seorang rakyat India dan seorang wanita Malaysia.

“Kesemua suspek berusia 33 tahun hingga 53 tahun dengan modus operandi mereka dikesan menawar perkhidmatan berkaitan pasport dan pas kepada rakyat asing,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Kesemua suspek dikesan menawarkan perkhidmatan imigresen seperti penawaran Pas Lawatan Sosial, Pas Lawatan Kerja Sementara, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 dan visa dengan bayaran RM500 bagi setiap transaksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI