fbpx

‘Rujuk? Tak kot, cukup kami sekadar kawan, sama-sama jaga anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah menolak padangan ramai kemungkinan dia bakal rujuk kembali sebagai suami isteri dengan bekas suami, Syamsul Yusof.

KUALA LUMPUR – Meskipun rumah tangga bekas suami Syamsul Yusof berdepan keretakan, pelakon Puteri Sarah menegaskan tidak akan rujuk kembali dengan pengarah sensasi itu.

Malah, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas suaminya.

“Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak kot (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.

“Kalau boleh saya memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding saman fitnah di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.

Ditanya sekiranya kemelut rumah antara Syamsul dan Ira sebagai kifarah, pelakon drama Hijrah Jannah itu memilih tidak masuk campur urusan rumah tangga pasangan terbabit.

“Saya tak nak komen tentang itu, tidak baik. Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram (IG) .

“Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu tetapi sebagai keluarga kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua,” ujarnya.

Diasak dengan pertanyaan perasaan simpati terhadap nasib Syamsul dan Ira, ibu kepada dua orang cahaya mata itu hanya mampu mendoakan yang terbaik.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana.

“Ya, simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka,” tuturnya lagi.

Meskipun berhadapan masalah, Sarah memaklumkan Syamsul tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab kepada anak-anaknya.

“Syamsul ada jumpa anak-anak. Itu tetap tanggungjawab dia.

“Apa yang berlaku pada dia, itu saya bukan urusan saya,” ujarnya.

Pada 19 Ogos lalu, Syamsul memfailkan cerai terhadap Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi.

Sebutan pertama perceraian mereka berlangsung pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan ketika itu peguam memaklumkan Syamsul sedia melafazkan talak.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak hadir pada hari berkenaan dan perbicaraan semula ditetapkan pada 25 September ini.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Perkara itu disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan itu, pelakon Puteri Sarah sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI