fbpx

Rakyat Malaysia pasaran pelancongan utama bagi Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pentadbiran Pelancongan Taiwan (TTA) Huang Yi-Chen (dua dari kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah, TTA, Chou Ting-Chang (tiga dari kiri) beserta Pengarah Pejabat KL, TTA, Chou Shih-Pi (kiri) pada majlis pelancaran promosi terbaharu Taiwan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Jumlah pelancong Malaysia ke Taiwan telah meningkat sebanyak 97 peratus kepada lebih daripada 170,000 orang berbanding tempoh sebelum pandemik lalu menjadikan negara ini sebagai salah satu pasaran pelancongan penting dari Asia Tenggara ke negara berkenaan.

Sejak 2019, Taiwan telah disenaraikan sebagai antara tiga destinasi utama bukan OIC dalam Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI), Taiwan  kerana diiktiraf berjaya menonjolkan persekitaran pelancongan mesra Muslim.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebagai usaha mengukuhkan lagi industri pelancongan negara berkenaan, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan promosi komprehensif yang menyasarkan pasaran pelancongan untuk  Muslim Malaysia.

Menggunakan jenama ‘Salam Taiwan’ sejak 2018, ia bertujuan untuk menonjolkan  Taiwan sebagai destinasi yang mengalu-alukan kedatangan pelancong Muslim Malaysia.  

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Antarabangsa Biro Pelancongan, Huang Yi-Cheng dan  Pengarah Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Kuala Lumpur, Chou Shi-Pi.

Mencari kelainan pada tahun ini, biro tersebut telah melantik artis  Nabila Razali sebagai  Duta  Promosi. 

“Selain itu, kami  turut melancarkan risalah perjalanan muslim baharu dan kempen pengundian ’72 jam di Taiwan’,  menjemput rakyat Malaysia mengundi jadual perjalanan ke  Taiwan  yang mereka gemari  di laman web. 

“Peserta bakal  berpeluang memenangi pakej pelancongan Taiwan selama  empat hari tiga malam untuk dua orang, termasuk tambang penerbangan pergi balik,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, video promosi tersebut akan disiarkan melalui iklan TV Malaysia, papan iklan elektronik luar dan platform online. 

Pada bulan September, Biro Pelancongan Taiwan akan mengambil bahagian dalam Pameran Pelancongan MATTA di Kuala Lumpur dengan menawarkan pelbagai  pakej diskaun pelancongan bertujuan untuk menggandakan peluang perniagaan bagi  pasaran Muslim Malaysia. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI