fbpx

PM jamin Kuala Lumpur selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kuala Lumpur merupakan lokasi selamat selepas berlakunya beberapa kejadian mendapan tanah sekitar bandar raya itu sejak minggu lalu.

Menurutnya, kajian teknikal di kawasan insiden tanah jerlus telah dilaksanakan malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memfokuskan kepada lokasi yang perlu diperkukuhkan.

“Tanah mendap itu sudah di ‘establish’ menerusi kajian teknikal dan tidak ada masalah setakat ini. Saya juga lalu kawasan terbabit, cuma kawasan yang dianggap perlu diperkukuh itu, kita buat segera.

“Selain itu, pihak DBKL dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa turut memantau serta meneliti ‘progress’ (kes mendapan tanah) pada setiap hari.

“Setakat ini, belum ada kegusaran dan orang ramai tidak perlu bimbang untuk mengunjungi Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung dakwaan orang ramai yang berpendapat Kuala Lumpur adalah lokasi yang tidak selamat.

Pada Jumaat lepas, media melaporkan seorang pelancong wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Dua hari lalu, satu lagi tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI