fbpx

Perpaduan teras utama Kerajaan Madani – Ramanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan (tengah) menyeru rakyat Malaysia mengeratkan perpaduan dan berganding bahu untuk menjayakan visi dan misi negara.

PETALING JAYA – Kerajaan Madani dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan negara semakin stabil dan kukuh kerana mendahulukan perpaduan sebagai teras utama.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, perpaduan kaum merupakan tunjang utama Malaysia.

“Dalam era semakin mencabar ini, kita perlu berhati -hati melalui segala rintangan, halangan dan cabaran untuk memastikan perpaduan kaum sentiasa menjadi benteng utama kekuatan negara.

“Kita sebagai satu keluarga besar perlu berganding bahu antara satu sama lain untuk menjayakan segala visi dan misi negara demi kesejahteraan, kemakmuran dan kegemilangan masa depan negara.

“Ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bak kata pepatah, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” katanya dalam satu hantaran sempena Hari Kebangsaan 2024 di media sosial hari ini.

Terdahulu, Ramanan berkata, sambutan kemerdekaan bukan sekadar laungan membangkitkan semangat, tetapi perlu disulami dengan penghayatan dan pengisian yang mendalam.

Ujar beliau, seiring dengan tema kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysia Madani:Jiwa Merdeka, masyarakat Malaysia perlu bersama, bersatu memahami, mendalami dan menyelaminya dalam konteks perpaduan negrara.

Menurut beliau, dalam tempoh 67 tahun ini, setiap detik-detik perpaduan telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gah, berjaya dan gemilang.

“Ayuh kita sama-sama meraikan sambutan kemerdekaan negara Ke-67 dengan penuh ‘Jiwa Merdeka’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI