fbpx

‘Gambar yang nampak dada itu Ebit yang tangkap layar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBIT Lew semasa hadir di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.

TENOM – Pengadu yang juga saksi kesembilan mengaku ada mendedahkan bahagian dadanya kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew semasa panggilan video pada atau sebelum bulan Mei 2021.

Namun, gambar tersebut tidak berada dalam laporan forensik digital (ID-55) yang dikeluarkan daripada telefon bimbitnya kerana Ebit yang mengambil gambar tangkap layar tersebut.

Pengadu memberitahu perkara itu di Mahkamah Majistret di sini apabila menjawab soalan dikemukakan peguam bela, Datuk Ram Singh semasa sesi pemeriksaan balas.

Pengadu bersetuju dengan pertanyaan peguam bahawa tiada rekod pengadu menghantar gambar dalam ID-55 sepanjang perbualan bersama Ebit pada bulan Mei.

“Setuju sebab gambar yang ada dada itu dia (Ebit) yang ambil tangkap layar daripada pangilan video. Tetapi, gambar yang ada muka saya, ada yang saya padam untuk semua,” katanya.

Menjawab pertanyaan Ram Singh bahawa pengadu kerap kali menyatakan tidak mahu buat panggilan video tapi, pengadu ada membuat panggilan video yang mendedahkan payudaranya, dia menyatakan dia terikut permintaan Ebit.

“Itulah antara masa yang saya terpedaya dengan dia (Ebit). Macam saya cakap, saya ada tersambut (menjawab) panggilan video dia,” katanya.

Dalam keterangannya pengadu turut memberitahu mahkamah, dia tidak menyerahkan satu lagi telefon bimbit yang digunakannya di rumah kepada pihak polis kerana dalam telefon berkenaan tidak ada gangguan yang dilakukan oleh Ebit.

Kata pengadu, telefon bimbit itu digunakan hanya semasa Ebit memaklumkan kepadanya mengenai ada laporan polis dibuat terhadap pendakwah berkenaan.

“Sebab semasa laporan tersebar, saya dan Ebit ada berhubung melalui WhatsApp dan dia beritahu ada laporan polis dibuat terhadap dia. Dia (Ebit) beritahu telefon bimbitnya akan diambil oleh polis. Cerita tentang laporan polis bersambung di telefon bimbit rumah,” katanya.

Selepas itu, pengadu jua memberitahu ada menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit antara 11 Julai sehingg 31 Julai 2021. Namun, tiada sebarang mesej perbualan yang direkodkan dalam laporan forensic digital sepanjang tempoh tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI