fbpx

Pelajar mengadu dinoda bapa selepas disuruh urut kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK yang memakai baju hitam diiringi polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka untuk mendapatkan permohonan reman. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

ALOR GAJAH – Perbuatan keji seorang pengawal keselamatan menjadikan dua orang anak perempuannya sebagai hamba seks terbongkar selepas salah seorang mangsa memaklumkan perkara itu kepada gurunya, pertengahan Ogos lalu.

Suspek berusia 39 tahun itu diberkas polis dan diperintahkan untuk direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Nawawi berkata, suspek disyaki telah merogol anak perempuannya berusia 13 tahun enam bulan sejak Julai lalu, manakala anak sulungnya yang kini berusia 17 tahun 11 bulan dijadikan hamba seks ketika dia berusia 12 tahun lagi.

“Perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa yang merupakan anak bongsu bertanyakan kepada rakan sekelasnya adakah dia mengalami perkara sama (dirogol) sebelum rakannya itu memaklumkan perkara tersebut kepada seorang guru.

“Mangsa kemudian dipanggil oleh gurunya dan selepas beberapa kali ditanya dia akhirnya memberitahu telah dirogol bapa kandungnya sejak Julai lalu selepas suspek meminta mengurut kakinya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, beberapa minggu selepas kejadian pertama, suspek telah mengulangi perbuatan keji itu namun remaja berkenaan tidak memberitahu kepada sesiapa termasuk ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci kerana takut dimarahi.

“Selang beberapa minggu suspek mengulangi perbuatan terkutuk itu sejurus mangsa pulang dari sekolah, remaja itu disuruh mandi terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik suspek.

“Pendedahan tersebut membawa kepada pengakuan kakak mangsa yang kini berusia 17 tahun 11 bulan mendakwa dia juga telah menjadi mangsa amang seksual fizikal suspek sejak berusia 12 tahun dan dirogol ketika berusia 14 tahun,” katanya.

Nazri berkata, selepas memasuki kolej vokasional pada usia 16 tahun, suspek masih melakukan amang seksual fizikal terhadap kakak mangsa.

Jelasnya, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI