fbpx

PDRM mohon ‘red notice’ Interpol tangkap suspek bunuh warga Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi Mat Aris menunjukkan foto Tun Tun Naing, suspek utama kes pembunuhan warga Nepal yang berlaku di Kuala Kurau baru -baru ini.

BAGAN SERAI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan waran tangkap ke atas seorang suspek utama warga Myanmar, Tun Tun Naing yang terlibat dalam kes kematian warga Nepal di Kuala Kurau pada 18 Ogos lalu bagi tujuan ‘red notice’ melalui Interpol.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tangkapan ke atas 21 lelaki warga asing dijalankan berhubung seorang lelaki warga Nepal mati dipercayai akibat pergaduhan.

“Sepuluh lelaki warga Myanmar dan 11 lelaki warga Nepal ditahan kerana dipercayai terlibat dengan pergaduhan menyebabkan satu kematian di Kuala Kurau. Kesemua suspek direman selama 11 hari bermula dari tarikh tangkapan sehingga 28 Ogos kelmarin,” katanya

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di Bagan Serai disini hari ini.

Menurut Azizi, hasil siasatan setelah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak, seramai 14 orang suspek dituduh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Mereka terdiri daripada lapan lelaki warga Myanmar dan enam lelaki dari warga Nepal. Lapan lelaki warga Myanmar dijatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan bermula dari tarikh ditangkap oleh Mahkamah Majistret Parit Buntar.

“Enam lelaki warga Nepal pula ditangguhkan untuk sebutan jurubahasa pada 19 September depan dan ditahan reman di Penjara Taiping. Suspek utama warga Myanmar, Tun Tun Naing yang masih bebas disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI