fbpx

Negara tercemar jika tidak kuasai ilmu, prinsip kebenaran – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) hadir pada sesi lawatan ke SMK Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Negara tercemar sekiranya rakyat tidak menguasai ilmu sebaik mungkin dan gagal menyemai nilai, akhlak serta prinsip kebenaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua aspek penting itu perlu dititikberatkan bagi mengelak kegagalan tatakelola dan penyalahgunaan kuasa rasuah yang berlaku di negara ini.

Menurutnya, disebabkan itu pendidikan tidak boleh ditinggalkan dan perubahannya kini amat mendesak.

“Selalu saya tekankan, tugas kita adalah menimba ilmu dalam pelbagai bidang terutama kokurikulum dan bacaan yang luas.

“Sebab itu pendidikan tidak boleh ditinggalkan. Pertama, menimba ilmu sebanyak mungkin dan kedua, menyemai nilai akhlak dan kebenaran.

“Dua aspek ini penting dan tidak boleh ditinggalkan, menyebabkan negara kadang-kadang tercemar dengan salah tatakelola, penyalahgunaan kuasa rasuah. ini kerana menimba ilmu tidak menerapkan nilai akhlak dan prinsip kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Pada sesi lawatan tersebut, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan bagi permohonan pembinaan surau di sekolah berkenaan iaitu sebanyak RM225,000 manakala RM275,000 bagi penyelenggaraan lain.

Dalam pada itu, beliau berkata, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan alumni sekolah juga mempunyai peranan penting dalam memberikan ruang supaya pendidikan itu lebih bermutu dan bermakna.

Tambah beliau lagi, ketika ini, cabaran bagi warga pendidik lebih kepada perubahan yang begitu pantas memandangkan terdapat disiplin-disiplin baru tiada dalam kokurikulum. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI