fbpx

‘Minta suami bernikah lagi hanya lakonan, realitinya tidak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIKECAM impak adegan berpegangan tangan dengan hero yang melakonkan watak suaminya, Aliff Ali d Tanah Suci Mekah, Kiera memilih jalan selamat enggan berhujah memandan perkara sebegitu terlalu sensitif.

TERLIHAT reda dan penuh taat saat beraksi menerusi naskhah kekeluargaan yang mengangkat poligami, Dua Surga Dalam Cintaku, pelakon utamanya, Keira Shabira secara peribadi menolak untuk berkongsi kasih.

Ditemui pada tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini, ternyata karakternya di dalam filem dan realiti sangat berbeza.

“Watak Husna dalam filem ini menerima poligami dengan hati terbuka, malah dia yang meminta suaminya untuk menikah lagi.

“Tetapi kalau saya memang menolak poligami.

“Saya tidak mahu berkongsi kasih dengan lelaki yang saya cintai. Saya boleh bergaduh dengan orang yang mahu merebut kasih. Ini pendirian saya sebagai Kiera,” ujarnya.

Jika realitinya menolak poligami, persoalannya, mengapa masih menerima untuk membintangi karya arahan Kiki Nuriswan tersebut?

Jelas Kiera, sungguhpun secara peribadi dia tidak menerima poligami, tetapi sebagai pelakon dia tertarik dengan karya yang disifatkan agak berbeza.

“Ini kali pertama saya membawa watak dalam filem poligami. Saya menerima kerana ceritanya berbeza.

“Memang di Indonesia sudah banyak filem dengan genre yang sama tetapi dalam filem Dua Syurga Dalam Cintaku perjalanannya sangat menarik.

“Lelaki itu berpoligami bukan kerana mencintai dua wanita dalam waktu yang sama, tetapi situasi yang memaksanya membuat keputusan tersebut,” tutur Kiera.

Kecaman

Selain itu, adegan Kiera dan pelakon lelaki utama, Aliff Alli menunaikan umrah di Mekah turut menjadi perdebatan dalam kalangan peminat filem.

Menerima kecaman kerana adegan berpegangan tangan di Tanah Suci, Kiera bagaimanapun enggan menggulas lanjut kerana sedar perkara tersebut sangat sensitif.

“Paling seronok adalah kami dapat menunaikan ibadah umrah ketika penggambaran di Mekah. Kami menjalani ibadah umrah dahulu, selepas selesai barulah memulakan penggambaran.

“Soal kecaman, memang saya sedar ada yang membangkitkan tentang isu tersebut (adegan berpegangan di Mekah) tetapi saya tidak mahu komen kerana isu ini terlalu sensitif.

“Apa pun saya memohon doa agar Allah mempermudahkan segala urusan kami sepanjang berada di sana,” kata Keira.

Berbicara tentang cabaran melakonkan watak Husna seorang wanita yang setia pada suami dan tinggi didikan agamanya, Kiera berdepan cabaran menumpahkan emosinya.

“Saya perlu banyak menangis dan babak paling sukar adalah ketika melihat suami bernikah lagi.

“Saya bukanlah orang yang suka menangis dan mudah menitiskan air mata. Jadi, babak sedemikian agar sukar untuk saya. Dengan bantuan pengarah semuanya dipermudahkan,” luah Kiera.

Filem Dua Surga Dalam Cintaku adaptasi novel terlaris Indonesia dengan judul yang sama telah mula ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos lalu.

Filem berkenaan turut dibintangi Yuki Kato, Aliff Alli, Early Ashyla, Iwan Burnani, Ivanka Suwandi, Azza Galedda, Nurul Anissa Hasanah, Cahya Arynahara dan Edy Tambudo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI