fbpx

MHCM komited tawar makanan Cina halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA tetamu kenamaan melakukan gimik perasmian cawangan MHCM ke-31 di pusat beli-belah Sunway Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PERMINTAAN terhadap masakan Cina semakin meningkat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ia terjana daripada lambakan permintaan rakyat Malaysia dan pelancong terhadap makanan Cina yang halal.

Atas kesedaran itu, rangkaian restoran popular Mee Hiris China Muslim (MHCM) berusaha memenuhi keperluan tersebut sejak ditubuhkan pada 2019.

Terbaharu, rangkaian MHCM telah mengumumkan pembukaan besar-besaran cawangan ke-31 mereka yang terletak di pusat beli-belah Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Pengurus Operasinya, Elmy Sahari berkata, peristiwa penting itu menandakan satu pencapaian penting bagi melambangkan komitmen syarikat untuk meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Malah, angka ini cukup signifikan terutamanya sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-67.

“31 cawangan di seluruh Malaysia dalam masa lima tahun merupakan bukti nyata bahawa makanan telah menjadi bahasa universal yang berhasil menyatukan berbagai budaya.

“Kami berusaha agar setiap rakyat Malaysia berpeluang menikmati kelazatan unik masakan Cina Muslim sesuai dengan slogan, ‘Kenikmatan Dalam Setiap Hirisan’,” katanya.

Pelancaran tersebut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj.

Hishammuddin Zaizi (lima dari kiri) berkenan merasmikan outlet MHCM.

Tambahnya, cawangan ke-31 itu bukan sekadar nombor biasa, tetapi merupakan komitmen syarikat, selain meraikan orang ramai dengan pengalaman kulinari istimewa.

Katanya lagi, jenama MHCM sangat komited dengan piawaian halal.

“Buktinya, ia diperkukuhkan dengan kejayaan pensijilan halal dapur pusatnya pada 2023, sekali gus memastikan setiap hidangan memenuhi pematuhan piawaian kualiti tinggi.

“Komitmen terhadap pematuhan halal dan keaslian tradisi kulinari Cina telah meletakkan MHCM sebagai nama yang dipercayai masyarakat Malaysia,” ujarnya.

Pihak MHCM memilih kaedah pemasaran menggunakan bas HOHO.

Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan MHCM, Syafiqah Zulkifli berkata, makanan mempunyai kuasa untuk menerobos sempadan.

“Di sini, kami bukan sahaja menghidangkan makanan, kami juga merapatkan hubungan dan meraikan kepelbagaian yang indah di negara ini.

“Kemajuan MHCM ke setiap kawasan di Malaysia juga membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi.

“Selain itu, kami komited untuk inovasi, baik dari segi tawaran menu mahupun strategi penglibatan pelanggan untuk kekal relevan dan menarik dalam pasaran yang kompetitif,” katanya.

Jelasnya, pelancaran itu dimeriahkan dengan inisiatif seperti perkongsian berkaitan pemasaran menggunakan bas Hop On Hop Off (HOHO) dan promosi ‘Mee-rdeka Madness’ yang sedang berlangsung.

“Setiap mangkuk yang dihidangkan adalah satu langkah ke arah membawa rakyat Malaysia lebih rapat bersama kami. Semasa berkembang, kami kekal komited kepada misi menjalin budaya dengan satu hidangan lazat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI