fbpx

Maqis gagalkan cubaan bawa masuk tanaman hiasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis dan JKDM berjaya mematahkan cubaan membawa masuk pokok tanaman hiasan pelbagai jenis tanpa permit yang sah dari negara Indonesia di Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, minggu lalu. -IHSAN Maqis

PORT DICKSON – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk pokok tanaman hiasan pelbagai jenis tanpa permit yang sah dari negara Indonesia di Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, minggu lalu.

Pengarah Maqis Melaka dan Negeri Sembilan, Nora Dinah Abdul Rahman berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya bersama pihak JKDM menjalankan pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawa seorang individu kira-kira pukul 3.00 petang, 20 Ogos lalu.

“Hasil daripada pemeriksaan lanjut yang dijalankan, kita menemui tanaman hiasan. Walaupun nilai rampasan rendah namun risiko kemasukan perosak bersama dengan komoditi yang disita boleh menjejaskan industri pertanian negara.

”Individu tersebut juga didapati gagal mengemukakan Permit Import MAQIS dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal yang sah serta menyembunyikan kesemua pokok tanaman hiasan ke dalam bagasi bertujuan mengaburi mata pihak penguatkuasa,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Nora Dinah lagi, tanaman hiasan yang ditahan adalah dari spesies Alocasia, Dracaena, Aglaonema, Catasetum, Callisia, Euphorbia dan lain-lain lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI