fbpx

[VIDEO] ‘Maafkan kami, dah cari tapi tidak jumpa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar permohonan maaf dari pasukan JBPM di TikTok hari ini.

PETALING JAYA – Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi satu hantaran di TikTok pasukan tersebut, permohonan maaf itu dibuat susulan usaha mereka menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) menjejaki mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India sejak Jumaat lalu, tidak berjaya.

“Maafkan kami kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan netizen kerana kami tidak berjaya untuk mencari mangsa yang jerlus,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai tidak menyalahkan pasukan penyelamat tersebut dan menyifatkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya yang perlu meminta maaf kepada wira negara itu.

“Tidak perlu minta maaf wahai wira-wira negara, kami tahu kerja anda yang sanggup bergadai nyawa demi nyawa lain. Kami tabik semua kepada pasukan Bomba Malaysia, kamu semua memang hebat,” kata Rayyan,

“Sudah takdirnya mangsa hilang di sini, kerja dan pengorbanan semua pasukan SAR memang tidak boleh disangkal lagi, kamu semua wira kami,” kata Megat Haikal.

“Tak payah minta maaf keran kami yang sepatutnya berterima kasih kepada pasukankamu selama ini,” kata Fauzura Yusoff.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus warganegara India dihentikan hari ini selepas lapan hari hilang dan tidak ditemui selepas terjerlus dalam sebuah lubang di Jalan Masjid India pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI