fbpx

Lebih 1,000 maut dalam protes terhadap Hasina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Dhaka, bulan lalu. - Foto AFP 

DHAKA – Keganasan yang tercetus di Bangladesh semasa protes antikerajaan merebak pada bulan lalu mengakibatkan lebih 1,000 orang terbunuh, lapor laman berita TRT World semalam.

Ketua Kementerian Kesihatan Interim, Nurjahan Begum berkata, ramai pelajar turut mengalami masalah hilang penglihatan.

“Lebih 1,000 orang terbunuh dan lebih 400 pelajar hilang penglihatan.

“Ramai yang buta sebelah mata, ramai hilang penglihatan di kedua-dua belah mata. Ramai yang cedera di kaki. Ramai (orang) yang terpaksa dipotong kaki mereka,” kata Begum dalam kenyataan tersebut.

Jumlah kematian yang diumumkan menjadikan protes tersebut mempunyai korban paling ramai dalam sejarah Bangladesh sejak kemerdekaannya pada 1971.

Keganasan tercetus semasa pelajar mengetuai gerakan menentang kuota jawatan sektor awam yang kemudian merebak menjadi penentangan terhadap kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Sheikh Hasina.

Dia bagaimanapun meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos lalu sebelum ratusan penunjuk perasaan menyerbu kediamannya.

Kerajaan interim diketuai oleh ahli ekonomi dan pemenang hadiah Nobel, Muhammad Yunus menggantikan Sheikh Hasina. Perkembangan itu berjaya memadamkan keganasan yang memuncak selama beberapa minggu sebelum Sheikh Hasina melarikan diri.

Pasukan keselamatan terpaksa bertindak keras bagi mengekang protes yang berlaku beberapa hari hari selepas Sheikh Hasina melarikan diri.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Bangladesh berkata, beliau percaya jumlah korban tersebut adalah berdasarkan rekod hospital dan maklumat daripada pentadbiran tempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI