fbpx

Komando rampas 80 juta pil methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan tangkapan dan rampasan dadah di lokasi kejadian. – POLIS THAI

BANGKOK – Komander Markas Supresi Narkotik, Jeneral Narit Thawornwong mengumumkan bahawa pasukan komando peronda sempadan Thailand merampas sebanyak 11 juta pil methamphetamine(meth) di daerah Chiang Dao dalam wilayah Chiang Mai, lapor sebuah akhbar tempatan kelmarin.

Beliau berkata, peronda sempadan terdiri daripada anggota polis dan tentera memintas dua lelaki yang memuatkan dadah berkenaan ke dalam trak pikap di sebuah ladang jagung di mukim Tung Khao Phuang, Chiang Dao.

Hasil serbuan di lokasi kejadian, pihaknya menemui 55 guni baja tetapi setiap satunya berisi kira-kira 200,000 pil meth. Sekurang-kurangnya 11 juta pil meth telah dirampas dalam serbuan itu secara keseluruhan.

Kata Narit, pasukan Komando Supresi Narkotik menerima maklumat bahawa penyeludup-penyeludup dadah akan cuba memindahkan dadah mereka melalui sempadan ke daerah Fang, wilayah Chiang Dao atau daerah wiang Haeng, wilayah Chiang Mai.

Ini kerana banjir besar yang melanda wilayah jirannya, Chiang Rai di kawasan sempadan utara Thailand.

Justeru, beliau mengerahkan pasukan tambahan untuk memintas penghantaran dadah yang mungkin menggunakan 5 daerah sempadan di Chiang Mai dan Mae Hong Son.

Menurutnya, sepanjang 9 bulan lalu, 26 pertempuran dengan pengedar dadah tercetus di 5 daerah sempadan di wilayah Chiang Mai, dengan 24 rampasan dan tangkapan dilakukan.

Komando Supresi Narkotik memperhebatkan risikan dan membuat 3 rampasan pada bulan ini.

Lebih 80 juta pil methamphetamine dan 338 kilogram methamphetamine kristal telah dirampas setakat ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI