fbpx

Kasihan minum susu melalui saluran hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ANIQ memerlukan perbelanjaan lebih RM15,000 untuk menampung pembedahan pundi kencingnya Oktober ini. – ROSLIZA MOHAMED

MACHANG – Sepasang suami isteri memerlukan RM15,000 hingga RM20,000 bagi menampung pembedahan pundi kencing anak kedua mereka yang berusia 11 bulan Oktober ini.

Siti Hafshah Ismail, 33, dan suaminya, Mohd. Asyraf Abu Sufian, 33, ketika ini masih belum mempunyai wang yang cukup untuk mendaftar pembedahan anak mereka, Mohamad Aniq Afkar di hospital.

Menurut Siti Hafshah, anak­nya perlu membuat pembedahan tesebut kerana me­ngalami masalah membuang air kecil berpunca daripada penyakit buah pinggang kronik sejak lahir.

“Saya buntu untuk mendapat sejumlah wang itu kerana Mohamad Aniq perlu menjalani pembedahan itu pada Oktober. Berat badannya juga hanya 7.4 kilogram (kg) dan kurang daripada berat ideal untuk bayi seusianya iaitu 10 kg.

“Dia kini hanya minum susu khas menggunakan saluran tiub sepanjang 30 sentimeter menerusi lubang hidungnya.

“Saya dan suami hanya berniaga makanan secara kecil-kecilan dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulai Chondong, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, perbelanjaan keperluan Mohamad Aniq setiap bulan juga mencecah hampir RM1,000 termasuk membeli susu khas, tiub saluran air kencing dan lampin pakai buang.

“Jumlan itu tidak termasuk perbelanjaan anak sulung perempuan berusia lima tahun yang sudah bersekolah.

“Mohamad Aniq ada mene­rima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200, namun jumlah itu tidak cukup untuk menampung segala keperluannya,” ujarnya.

Siti Hafshah berkata, kea­daan kesihatan Mohamad Aniq juga tidak menentu dan kerap masuk ke hospital untuk rawatan melebihi tujuh hari.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Hafshah di talian 018‑205 2172 atau terus menyalurkan bantuan ke akaun Maybank, 164089875146.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI