fbpx

Kamarudin bersara selepas berkhidmat 36 tahun bersama PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Kamarudin bersama isteri, Johariah Urib dibawa menaiki kenderaan istiadat pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraannya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Kamarudin Md Din hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menabur bakti selama 36 tahun, susulan persaraan wajibnya pada 2 September nanti.

Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini dihadiri pegawai kanan dan isteri masing-masing adalah simbolik penghormatan terakhir buat Kamarudin yang hadir ditemani isterinya, Datin Seri Johariah Urib Mohd Ariffin.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Majlis yang bermula pada pukul 5.30 petang itu, diserikan dengan persembahan Pancaragam Pusat PDRM dengan Kamarudin diberi penghormatan memimpin persembahan dengan diserikan nyanyian Perwiraku.

Beliau memulakan kariernya dalam pasukan PDRM pada tanggal 5 Jun 1988 sebagai Kadet ASP dan menjalani Latihan Asas Kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur.

Setelah tamat latihan, beliau telah ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kelantan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah sehingga tahun 1993.

Ketokohan beliau terus terserlah apabila diberi tanggungjawab untuk menyandang beberapa jawatan penting dalam PDRM antaranya Juruanalisa Sistem Komputer, Ketua Unit Jenayah Teknologi Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Ketua Unit Forensik Komputer Makmal Forensik.

Bukan itu sahaja ,beliau turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Siasatan Jenayah, IPK Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman. Pada tahun 2017 beliau telah dinaikkan ke pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Johor.

Pada tahun 2019 pula, berbekalkan pengalaman yang luas serta bakat kepimpinan yang terserlah, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Kontinen Johor sebagai Ketua Polis Johor.

Ketokohan beliau dibuktikan apabila diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pada Jun 2021 hingga April 2023 dan menerajul Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pada April 2023 hingga Mac 2024.

Hasil dari sifat kewibawaan dan keemerlangan serta mutu perkhidmatan dan kepimpinan yang ditonjolkan membolehkan beliau menerajui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bermula 4 Mac 2024 sehingga 2 September 2024. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI