fbpx

Kadar pulangan ASM 2 Wawasan 4.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemegang pelaburan dana tetap ASM2 -Wawasan menikmati pulangan yang baik setiap tahun. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan  Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 adalah berjumlah RM1.13 bilion.

Pengagihan pendapatan bagi dana harga tetap itu akan memanfaatkan 939,200 pemegang unit. 

Agihan pendapatan ASM 2 Wawasan adalah bersamaan dengan jumlah pulangan sebanyak 4.75 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang berada pada paras 2.71 peratus sebanyak 204 mata asas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sehingga 26 Ogos 2024, dana tersebut memperoleh jumlah pendapatan kasar sebanyak RM1.54 bilion dan mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM1.27 bilion. 

“Pendapatan untuk ASM 2 Wawasan diperoleh daripada keuntungan modal, pendapatan dividen serta pendapatan-pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa. 

“Pendapatan daripada ekuiti kekal sebagai penyumbang utama dengan pelaburan antarabangsa dan domestik masing-masing menyumbang 48 peratus dan 40.6 peratus kepada pendapatan kasar dana,” katanya. 

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 2 Wawasan adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana tersebut. 

Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September 2024. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI