fbpx

Jangan bosan bicara soal tatakelola – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Majlis pecah tanah Kerian Integrated Green Industri Perak di Ladang Tali Ayer, Tapak KIGIP Fasa 1, Kerian. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

PARIT BUNTAR – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu rakyat bosan bercakap soal tatakelola dan kecekapan tadbir urus, kerana ia penting untuk kemajuan serta pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, ini kerana perkara itu boleh mempengaruhi manfaat kepada negara seandainya sikap tak bertanggungjawab masih diamalkan termasuk ketika membuat keputusan serta soal kelulusan projek berkepentingan rakyat.

Beliau merujuk kepada kepercayaan amalan berlakunya habuan tertentu untuk mempercepatkan sebarang keputusan dan kelulusan.

“Hal-hal ini semua yang menjahanamkan banyak negara. Jadi sebab itu, saudara jangan berasa bosan dalam terus membicarakan soal tatakelola,” katanya semasa memberi ucaptama majlis pecah tanah Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di sini hari ini.

Beliau berkata, negara kehilangan berbilion ringgit selain imej tercalar akibat kebocoran yang berlaku bertahun-tahun.

“Jadi saudara, bila ada kes-kes sebegini dia tak beri gambaran keseluruhannya, tetapi kelompok kecil ini jika diizinkan akan merosakkan dan merugikan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI