fbpx

‘Izinkan saya bantu’ – Ali Puteh tawar diri biaya kos dialisis ‘pencuri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali menawarkan diri membayarkan denda sepasang suami isteri yang didapati bersalah atas dakwaan mencuri untuk membiayai rawatan dialisis.

PETALING JAYA – Merasai kesusahan orang lain, pelawak Ali Puteh menawarkan diri membayarkan denda sepasang suami isteri yang didapati bersalah atas dakwaan mencuri untuk membiayai rawatan dialisis.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata, berdasarkan pengalaman menjaga arwah ibunya, dia mengakui kos rawatan bagi prosedur berkala mencuci ginjal itu memang tinggi.

“Jika diizinkan denda RM3,000 itu boleh tak saya bayarkan untuk abang dan kakak ini?

“Sebab saya juga pernah merasa jaga arwah mak saya dialisis dan memang memerlukan duit yang banyak.

“Izinkan saya bantu abang dan kakak ini,” tulisnya menerusi ruangan komen sebuah portal berita.

Selain Ali, ramai lagi netizen yang sedia membayarkan denda bagi pihak pasangan terbabit selepas mahkamah menjatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri 24 peket minuman berasaskan coklat dan kopi di sebuah pasar raya.

“Hidup ini makin keras, niat tak halalkan cara tapi tak salah kita bantu mereka yang tengah susah,” ujar netizen.

“Terima kasih orang baik yang berniat ingin meringankan keperitan pasangan ini,” tulis pemilik akaun lain.

Difahamkan, motif suami isteri itu berbuat demikian adalah untuk menampung kos rawatan dialisis ibu kepada lelaki terbabit.

Mereka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, sebelum dijatuhi hukuman dijel selama 28 hari dan denda sebanyak RM3,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI