fbpx

Ismail Sabri terima tali pinggang hitam taekwondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menerima Black Belt Kehormat daripada Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Sijil Gred Ke-8 dan Black Belt Kehormat Taekwondo semalam.

Beliau dalam satu hantaran di media sosial berkata, sijil dan Black Belt Kehormat Taekwondo itu diberikan oleh Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia.

“Persatuan Taekwondo Kukkiwon merupakan persatuan yang berkuasa memberikan tali pinggang hitam kepada pemain taekwondo.

“Terima kasih diatas Sijil 8th Dan Black Belt Kehormat yang dianugerahkan kepada saya oleh Grandmaster Prof. Datuk Dr. Riza dan Grandmaster Datuk Dr. T. Arasu,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, beliau turut menerima uniform taekwondo dan tali pinggang hitam yang diserahkan oleh Grandmaster Lim Chui Ann dan Grandmaster Kalaiselvan.

“Semoga Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia terus sukses,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI