fbpx

Indonesia bertegas perangi judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai tempatan menggantung sepanduk yang menggesa orang ramai agar tidak menyertai judi online di Bogor, Jawa Barat, pada 30 Jun lalu. - AFP

JAKARTA – Indonesia bergelut untuk mengekang masalah ketagihan judi online dalam kalangan penduduk negara itu yang menyaksikan kira-kira 3.7 juta orang terlibat dalam aktiviti tersebut pada tahun lepas.

Meskipun aktiviti perjudian menjadi satu kesalahan di negara majoriti penduduk beragama Islam itu, statistik pemerintah menunjukkan lebih AS$20 bilion (RM86.5 bilion) nilai taruhan yang terlibat.

Statistik itu mendorong Presiden Joko Widodo (Jokowi) menubuhkan pasukan petugas pada Jun lalu, yang diketuai oleh Menteri Keselamatan negara itu, selain mengarahkan penyedia telekomunikasi menyekat laman web perjudian luar negara.

Sesetengah perkhidmatan VPN yang digunakan untuk memintas sekatan laman web asing turut disenaraihitamkan, namun penjudi tegar masih boleh bertaruh menggunakan telefon bimbit mereka atau melalui bookie haram.

Menurut Eno Saputra, 36, dia mula membeli tiket loteri lima tahun lalu, namun kini ketagih menyertai aktiviti judi online.

Dia mengaku membelanjakan sekurang-kurangnya AS$6.45 (RM28) sehari untuk berjudi dan pernah memenangi AS$520 (RM2,249), namun biasanya mengalami kerugian.

“Jauh di sudut hati, saya mahu berhenti (berjudi) demi anak-anak. Saya tahu perbuatan ini salah dan dilarang oleh agama,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Bagi sesetengah orang di Bogor, terdapat harapan untuk mereka, di mana sebuah klinik di hospital psikiatri merawat pesakit yang bergelut untuk menghentikan ketagihan judi sejak awal tahun ini.

“Setakat ini, 19 penjudi menerima kaunseling dan terapi untuk gejala kebimbangan, paranoia, gangguan tidur dan pemikiran untuk mencederakan diri,” kata Pengarah Hospital Psikiatri Marzoeki Mahdi, Nova Riyanti Yusuf.

Sementara itu, polis Indonesia berkata, pihaknya menahan 467 pengendali perjudian online antara April hingga Jun lalu dan merampas aset bernilai lebih AS$4 juta (RM17.3 juta). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI