fbpx

Harimau kumbang sesat masuk ladang kelapa sawit ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau kumbang yang berjaya ditangkap di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Kemaman semalam.

KEMAMAN – Kebimbangan pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Kemaman di sini tentang ancaman harimau kumbang sejak hampir sebulan lalu berakhir apabila haiwan buas tersebut akhirnya berjaya ditangkap semalam.

Harimau kumbang betina seberat 40 kilogram berkenaan memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, perangkap terbabit telah dipasang pada 24 Ogos lalu.

“Sebelum ini, kami menerima aduan pekerja ladang kelapa sawit berkenaan tentang kehadiran seekor harimau kumbang yang berkeliaran di kawasan tersebut.

“Haiwan liar itu akhirnya berjaya ditangkap dalam tempoh kurang seminggu selepas perangkap dipasang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, pemeriksaan mendapati harimau kumbang betina terbabit dalam keadaan sihat.

Beliau berkata, haiwan dilindungi itu akan dilepaskan semula ke habitat asalnya di hutan berhampiran pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI