fbpx

F1: Ferrari miliki kelebihan di dua litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI berdepan isu kestabilan jentera, namun dijangka memiliki kelebihan pada saingan di Monza dan Singapura nanti. - AFP

SINGAPURA – Pelumba Aston Martin, Fernando Alonso meramalkan potensi kebangkitan Ferrari menjelang perlumbaan di Itali dan Singapura sekali gus mampu memberikan cabaran kepada Red Bull, McLaren dan Mercedes.

Selepas kemenangan Ferrari di Grand Prix Monaco pada Mei, pasukan itu mengalami kemerosotan prestasi yang mendadak menyebabkan mereka tergelincir ke tempat ketiga dalam kejuaraan pengeluar.

Meskipun meraih beberapa podium, Ferrari hanya dilihat menjadi pasukan keempat terpantas pada musim ini ekoran pakej baharu yang diperkenalkan di Barcelona menyebabkan jentera berdepan masalah kestabilan terutama di selekoh berkelajuan tinggi.

Situasi ini memaksa Ferrari untuk membuat pelarasan jentera mereka pada setiap hujung minggu perlumbaan, menjadikan mereka sukar untuk bersaing dengan McLaren, Red Bull, dan Mercedes.

Bagaimanapun, Alonso yakin bahawa litar Monza dan Singapura yang mempunyai profil selekoh yang sangat berbeza daripada litar-litar sebelumnya akan memberi kelebihan kepada Ferrari.

“Saya rasa empat pasukan teratas, termasuk Mercedes yang naik turun serta McLaren, Red Bull dan Ferrari adalah pesaing podium setiap minggu. Namun, untuk dua perlumbaan seterusnya, Ferrari sepatutnya menjadi kereta yang perlu dikalahkan.

“Apa yang kita lihat tahun lalu di Monza dan Singapura serta kemenangan Leclerc di Monaco tahun ini, saya percaya Ferrari akan menjadi pilihan utama di Singapura,” kata Alonso.

Sementara itu, Alonso yang pernah bersama Ferrari, kini berada dalam situasi mencabar bersama Aston Martin selepas prestasinya dan rakan sepasukan, Lance Stroll menurun walaupun kedua-dua mereka berada dalam kelompok 10 teratas semasa kelayakan di Zandvoort. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI